Selasa, 18 November 2014



25 Hadith Dha’if dan Maudhu’

MUQADDIMAH


1. Hadith-hadith yang diriwayatkan dari Nabi SAW tak semuanya soheh. Ada yang lemah, bahkan ada yang palsu.

2. Antara sebab sesuatu hadith menjadi lemah, bahkan palsu ada1ah kerana kecacatan perawinya. Di samping ada juga berpunca dari gugurnya perawi dari sanad hadith.

3. Cara mengetahui status sesuatu hadith samada ia soheh, hasan, lemah atau palsu ialah melalui ilmu rijalul hadith, (ilmu mengenai perawi-perawi hadith serta ilmu jarah dan ta'dil (ilmu mengenai kecacatan dan keadilan perawi-perawi hadith).

4. Mengetahui kesohehan dan kedhaifan sesuatu hadith adalah perlu supaya kita tidak berhukum dan beramal dengan sesuatu yang tidak thabit dari Nabi SAW.

5. Menurut pendapat Imam Yahya bin Ma'in (wafat 233H), Imam AI-Bukhari (wafat 256H), Imam Muslim (wafat 261H), dan Imam Ibnu Hazm (wafat 456H), tidak boleh beramal sama sekali dengan hadith dhaif (apa lagi palsu) dalam hukum hakam dan fadhail a'mal (keutamaan-keutamaan amalan).

6. Imam An-Nawawi di dalam Muqaddimah Syarah Sahih Muslim menyifatkan pendapat membolehkan beramal dengan hadith lemah dalam hukum-hakam adalah tidak benar bahkan sangat keji.

7. Buku ini ditujukan khusus kepada masyarakat awam Islam yang mana sebahagian besar dari mereka menganggap semua hadith-hadith Nabi SAW adalah soheh dan boleh diamalkan, sedangkan ianya tidak demikian.

8. Dengan menyedari kedudukan masyarakat Islam yang kurang memahami dan mendalami ilmu hadith, penulis membentangkan cara yang cukup mudah sebagai penjelasan mengapa satu hadith itu menjadi lemah bahkan palsu melalui komentar-komentar ulama pengkritik hadith yang jujur, adil, amanah dan kepercayaan.

9. Mudah-mudahan usaha yang kecil ini mendatangkan kebaikan dan manafaat khasnya kepada masyarakat awam Islam dan diterima di sisiNya sebagai satu amalan soleh yang berpanjangan pahalanya.

10. Akhimya Penulis memohon keampunan yang sebanyak-banyaknya kepada Allah sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan yang mana ia merupakan sifat hamba yang lemah. Kebenaran dan kesempumaan hanyalah milik Allah SWT.


Hamba Yang Mengharapkan Keampunan Tuhannya;

Ibrahim Mohd Raja
Taman Gombak Ria,
Jamadil Awwa11426/Jun 2005

Hadith 1: Menuntut Ilmu Sampai Ke Negeri China


Maksudnya:

Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke Negeri China


1. Periwayat- Periwayat Hadith:

  • Ibnu Adi
  • Abu Nu'aim
  • Ibnul Abdul Bar
  • AI-Khatib AI-Baghdadi


2. Status Hadith: PALSU


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Abu Atikah Tharif bin Salman.
  • Ia telah disepakati akan kelemahannya.
  • Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
  • Kata Imam AI-Uqaili : Ia seorang yang ditinggalkan, hadithnya (matruk)
  • Kata Imam An-Nasai: Ia tidak thiqah(kepercayaan).
  • Kata Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
  • As-Sulaimani menanggapinya lebih dari itu (dengan maksud Abu Atikah ini dikenali sebagai seorang pemalsu hadith). Ini disebut oleh Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya At- Taqrib.
  • Imam Ahmad mengingkari hadith ini dengan keingkaran yang bersangatan.
  • Kata Imam Ibnu Hibban: Hadith ini bathil, tiada asalnya.
  • Oleh kerana itu Imam Ibnul Jauzi menghukum hadith ini sebagai palsu.


4. Nota kaki:

  • Perawi mungkar adalah perawi yang melakukan kesalahan yang parah atau pelupa atau jelas kefasikannya. Juga didefinasikan sebagai perawi lemah yang riwayatnya menyalahi perawi yang kepercayaan. Ada pun di sisi Imam AI-Bukhari ia membawa maksud seorang perawi yang tidak halal meriwayatkan hadith darinya.
  • Perawi matruk adalah perawi yang dituduh berdusta.

(perhatian: Istilah ini akan ditemui oleh pembaca sekelian di dalam hadith-hadith yang akan datang).


Hadith 2: Ramadhan: Awalnya Rahmat, Pertengahannya Keampunan, Akhirnya Pembebasan Dari Api Neraka


Maksudnya:

Permulaan bulan Ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhimya pembebasan dari neraka.

1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • Ibnu Adi
  • AI-UqaiIi
  • AI-Khatib AI-Baghdadi
  • Ad-DaiIami
  • Ibnu Asakir


2. Status Hadith: SANGAT LEMAH


3. Sebabnya:

Di dalam sanadnya terdapat perawi yang dipertikaikan iaitu;

a) Sallam bin Sawwar

  • Kata Imam Ibnu Adi: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
  • Kata Imam Ibnu Hibban: Ia tidak boleh dijadikan hujjah.
  • Kata Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
  • Kata Imam Az-Zahabi: Ia tidak dikenali dan khabamya mungkar.

b) Maslamah bin As-Shalt

  • Kata Imam Ibnu Adi: Ia tidak ma 'ruf (dikenali).
  • Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).


4. Keterangan:

  • Hadith ini dengan lafaz yang hampir sarna juga diriwayatkan oleh Imam Ibnu Khuzaimah di dalam Sohehnya. Tetapi status hadith tersebut adalah lemah, kerana di dalam sanadnya ada seorang perawi bernama Ali bin Zaid bin Jud' an.
  • Kata Imam Abu Zur'ah : Ia tidak kuat, waham(keliru) dan melakukan kesalahan.
  • Kata Imam Ibnu Ma'in : Ia tidak dapat dijadikan hujjah.
  • Kata Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar : Ia lemah
  • Kata Imam Abu Hatim: Tidak boleh berhujjah dengannya.


5. Kesimpulannya:

Kedua-dua hadith ini tidak dapat menguatkan antara satu sama lain kerana kecacatan perawi-perawinya terlalu nyata dan ketara.


Hadith 3: Membaca Surah Yaasin Ke Atas Orang Yang Akan Mati


Maksudnya:

Bacalah ke atas orang akan mati dikalangan kamu Surah Yaasin


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • Ahmad
  • Abu Daud
  • Ibnu Majah
  • AI-Hakim
  • AI-Baihaqi
  • At- Thabarani
  • Ibnu Abi Syaibah


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang tidak dikenali (majhul) iaitu Abu Uthman dan bapanya
  • Kata Imam Ad-Daruqutni:
    • Hadith ini lemah sanadnya, tidak dikenali matannya (lafaz hadith)
    • Tiada sah satu hadith pun dalam bab ini. (yakni yang bersumber dari Nabi SAW).


4. Keterangan:

  • Paling utama ialah beramal dengan sunnah Nabi SAW dengan mengajar orang yang hampir mati dengan LaillahaillAllah
  • Sabda Nabi SAW dalam hadith riwayat Ahmad, Muslim,Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah, AI-Baihaqi, Ibnu Hibban, Ibnu Abi Syaibah, maksudnya:

Ajarkanlah orang yang akan mati dikalangan kamu dengan Laillaha illAllah


Hadith 4: Lagi Membaca Surah Yaasin Ke atas Orang Yang Akan Mati


Maksudnya:

Mana-mana orang yang akan mati lalu dibacakan di sisinya Surah Yaasin nescaya Allah permudahkan ke atasnya.


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • Abu Nu'aim
  • Ad-Dailami
  • Ar-Ruyani


2. Status Hadith: PALSU


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Marwan bin Salim,
  • Kata Imam Abu Hatim, Imam AI-Bukhari dan Imam Muslim: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
  • Kata Imam Ahmad, Imam Uqaili dan Imam Nasai: ia tidak thiqah(kepercayaan).
  • Kata Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya.
  • Kata Imam As-Saji: Ia seorang pembohong yang memalsukan hadith.


Hadith 5: Berhaji Tapi Tidak Menziarahi Rasulullah SAW


Maksudnya:

Sesiapa yang menunaikan haji dan tidak menziarahiku, sesungguhnya ia telah menjauhkan dirinya dariku.


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • Ibnu Adi
  • Ibnu Hibban
  • Ad-Daruqutni


2. Status Hadith: PALSU


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Muhammad bin Muhammad bin An Nu'man.
  • Kata Imam Ad-Daruqutni: Kecelaan pada hadith ini datangnya dari Muhammad bin Muhammad. Kerana itu Imam Ad-Daruqutni menuduhnya sebagai pembohong.
  • Kata Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya(matruk).
  • Begitu juga dengan datuknya, iaitu An-Nu'man. Dia merupakan seorang perawi yang tertuduh (dengan kelemahan).
  • Berkata Imam Ibnu Hibban mengenai An-Nu'man: An-Nu'man membawa dari perawi-perawi kepercayaan hadith-hadith yang huru-hara (tidak tentu arah).
  • Kerana itu Imam Az-Zahabi menyebut hadith ini sebagai PALSU.


4. Keterangannya:

Hukum menziarahi kubur Nabi SAW adalah sunat.



Hadith 6: Solat Sunat Sebelum Musafir


Maksudnya:

Tiada satu pun yang lebih utama ditinggalkan seseorang pada keluarganya dari solat dua rakaat yang dilakukannya di sisi mereka sewaktu hendak musafir.


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • Ibnu Abi Syaibah
  • At- Thabarani


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Sanadnya terputus antara AI-Muth'im bin AI-Miqdam dan Nabi SAW.
  • Kata Imam Ibnu Hajar: Tidak thabit AI-Muth'im mendengar mana-mana hadith dari sahabat.
  • Kata Imam Ibnu Hajar lagi: AI-Muth'im adalah dari kalangan pengikut At-Tabi'ien ia meriwayatkan hadith dari Imam Mujahid, Imam Said bin Jubair dan lain-lain.
  • Hadith ini adalah Mu' dhal (hadith yang gugur perawinya dua orang atau lebih secara berturut-turut); dan hadith Mu'dhal termasuk dalam kategori hadith lemah.


4. Keterangan:

  • Di sana ada sebuah hadith riwayat At- Thabarani mengenai seorang lelaki yang ingin bermusafir ke Bahrain untuk berniaga, Nabi SAW bersabda kepadanya: yang bermaksud: Solatlah dua rakaat.
  • Hadith ini juga lemah kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang lemah bernama Abdullah bin Sufian AI-Wasithi.


5. Kesimpulannya:

  • Amalan sunnah ialah solat 2 rakaat sekembali dari musafir.
  • Solat ini dikerjakan oleh Nabi SAW di masjid sebagaimana dalam hadith riwayat AI-Bukhari dan Muslim.
  • Berkata Imam An-Nawawi dalam Syarah Sahib Muslim, maksudnya:

Solat ini bermaksud bagi sekembali dari musafir, bukannya solat Tahiyyatul Masjid.


6. Nota kaki:

  • Tabi'ien: Sesiapa yang sempat berjumpa dengan sahabat Nabi SAW dalam keadaan ia Islam dan mati atas Agama Islam.
  • Pada hadith tersebut telah gugur sekurang-kurangnya 2 orang perawi antara AI-Muth'im dengan Nabi SAW.


Hadith 7: Membaca Talqin Di Kubur


Maksudnya:

Apabila telah mati salah seorang dari saudara kamu, lalu kamu ratakan tanah kuburnya, maka hendaklah berdiri salah seorang dari kamu di atas arah kepala kuburnya, kemudian ucapkan:

"Wahai fulan bin fulan bin fulanah", sesungguhnya ia mendengar tapi tak dapat menjawab.

Kemudian ucapkan lagi: .

"Wahai fulan bin fulanah", sesungguhnya ia tegak duduk.

Kemudian ucapkan lagi:

"Wahai fulan bin fulanah", maka ia (si mayat) berkata; "ajarkan kepada kami, mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepadamu".Akan tetapi kamu tidak menyedarinya.

Kemudian ucapkan lagi:

"Ingatlah apa yang dengannya engkau telah keluar dari dunia iaitu persaksian : Tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya, sesungguhnya engkau redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama, Muhammad sebagai Nabi dan AI-Quran sebagai Imam".

Maka Malaikat Mungkar dan Nakir akan saling memegang tangan antara kedua-duanya seraya berkata:

"Marilah kita pergi, kita tidak akan berada di sisi mayat yang diajarkan hujjah (jawapannya)". Maka Allahlah yang menjadi hujjah ke atas kedua malaikat tersebut.

Berkata seorang lelaki:"Wahai Rasulullah, sekiranya ia (pembaca talkin) tidak mengetahui siapa ibunya (si mati)"?

JawabNabi SAW: "Hendaklah ia nasabkan kepada Hawa"', (iaitu dengan menyebut: "Wahai fulan bin Hawa"').


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • At-Thabarani


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Said Al-Azdi yang menurut Imam Ibnu Abi Hatim adalah majhul (seorang perawi yang tidak dikenali).
  • Menurut Imam Al-Haithami di dalam sanadnya terdapat jemaah (ramai) perawi yang tidak dikenalinya.
  • Hadith serupa ini juga dikeluarkan oleh Ad-Dhiya' Al-Maqdisidan Ibnu Asakir. Tetapi di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Abdullah bin Muhammad, juga seorang perawi yang tidak dikenali. Zahir dari ini, dapat dikatakan bahawa Abdullah bin Muhammad ini termasuk dalam jemaah perawi yang tidak dikenali oleh Imam Al-Haithami.
  • Hadith ini juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Majmu'. Begitu juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam AI-Iraqi ketika mengeluarkan hadith-hadith dari kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali.


4. Keterangan:

Hadith talqin ini juga diriwayatkan oleh Said bin Mansur di dalam Sunannya dengan lafaz yang lebih pendek, iaitu:

Maksudnya:

Wahai si fulan, katakan: 'Tiada Tuhan melainkan Allah,aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah' diucapkan 3 kali, kemudian katakan :'Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad', kemudian beredarlah (dari kubur).

Hadith riwayat Said bin Mansur ini tidak dapat dijadikan penguat untuk menetapkan hukum talqin dari riwayat At- Thabarani di atas kerana: .

  • Kedudukan lafaz hadith ini terlalu pendek tanpa memiliki keterangan-keterangan lain sebagaimana yang disebutkan di dalam riwayat At- Thabarani.
  • Hadith ini adalah hadith mauquf yang diriwayatkan oleh beberapa orang tabi' en dari Syam, antaranya Dhamrah bin Habib dan menisbahkan perbuatan talqin ini kepada sahabat-sahabat Nabi SAW tanpa menyebut nama-nama mereka.
  • Kemauqufan hadith riwayat Said bin Mansur ini disebut oleh Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya Bulugul Maram.
  • Perbuatan talqin ini hanya dilakukan oleh penduduk Syam sebagaimana ditegaskan oleh Imam Ahmad dan ianya dikuatkan oleh kenyataan Imam An-Nawawi di dalam kitabnyaAl-Majmu'. Sekiranya talqin ini sesuatu yang thabit dari sunnah, sudah pasti ianya dilakukan
  • oleh penduduk kota Madinah, tempat tertegaknya sunnah Nabi SAW.


5. Kesimpulan:

Paling utama ialah berdoa dan memohon keampunan untuk simati setelah selesai dikebumikan dengan berdiri di sisi kubur sebagaimana thabit dalam sunnah Nabi SAW. Baginda bersabda kepada sahabat-sahabat yang hadir diupacara pengkebumian:

Maksudnya:

Mintalah keampunan untuk saudara kamu dan mohonlah baginya ketetapan (dapat jawab soalan Mungkar dan Nakir) kerana sesungguhnya ia sekarang sedang disoal. (Hadith Riwayat Abu Daud, AI-Hakim, AI-Baihaqi)


6. Nota Kaki:

Hadith Mauquf ialah hadith yang disandarkan kepada Sahabat Nabi SAW samada dari ucapan atau perbuatan atau pengakuan mereka .(Adapun bila suatu hadith itu disandarkan kepada Nabi SAW ia dipanggil Hadith Marfu' dan apabila disandarkan kepada tabi'en, ia dipanggil Hadith Maqthu').


Hadith 8: Berjabat Tangan (Bersalam) Sambil Berselawat


Maksudnya:

Mana-mana dua orang hamba yang berkasih sayang keranaAllah, kedua-duanya berjumpa lalu bersalam sambil berselawat ke atas Nabi SAW, nescaya sebelum kedua-duanya berpisah Allah pasti mengampunkan dosa kedua-duanya samada dosa yang terdahulu dan kemudian.


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • Ibnu As-Sunni
  • Ibnu Hibban


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Durust bin Hamzah.
  • Kata Imam Ibnu Hibban: Ia seorang yang sangat mungkar hadithnya.
  • Kata Imam Abu Daud, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
  • Kata Imam Abu Zur'ah: Ia seorang yang lemah hadithnya.
  • Kata Imam Abu Hatim: Hadithnya tidak boleh berdiri sendiri. (untuk dijadikan hujjah).


Hadith 9: Binatang Korban Sebagai Tunggangan


Maksudnya:

Pilihlah binatang korban kamu yang baik (gemuk, mahal, kuat, sihat) kerana ia akan menjadi kenderaan tunggangan kamu di atas titian As-Sirath (pada Hari Qiamat).


1. Periwayat Hadith:

  • Ad-Dailami


2. Status Hadith: SANGAT LEMAH


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Yahya bin Ubaidullah.
  • Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang lemah hadithnya.
  • Kata Imam Ahmad: Ia seorang yang mungkar hadithnya, tidak thiqah (kepercayaan).
  • Kata Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
  • Kata Imam Ad-Daruqutni: Ia lemah.
  • Imam AI-Hakim menuduhnya sebagai pemalsu hadith.



4. Keterangan:

Di sana ada satu lafaz lain mengenai hadith ini

Maksudnya

Pilihlah binatang korban kamu yang baik (gemuk, mahal, kuat, sihat) kerana ia akin menjadi kenderaan tunggangan kamu di atas titian As-Sirath ( pada Hari Qiamat).

Hadith dengan lafaz ini tiada asalnya, ia muncul ditengah-tengah kaum muslimin mengiringi hadith yang sangat lemah dengan lafaz di atas.


5. Kesimpulan:

Menurut Imam Abu Bakar Ibnul Arabi, tiada satu hadith soheh pun mengenai keutamaan korban.


Hadith 10: 15 Perkara Yang Menyebabkan Bala


Maksudnya:

Apabila ummatku telah mengerjakan 15 perkara, halallah ke atas mereka bala', lalu ditanya kepada Nabi SAW :apakah dia (15 perkara itu), wahai Rasulullah. Jawab Nabi SAW:

1.     Apabila harta kekayaan hanya berlegar di kalangan mereka yang kaya sahaja.
2.     Amanah dijadikan punca kekayaan.
3.     Mengeluarkan zakat dianggap seperti membayar hutang.
4.     Seorang suami taat kepada isterinya.
5.     Derhaka kepada ibu.
6.     Berbuat baik kepada kawan dengan bersangatan.(melebihi berbuat baik kepada kaum kerabat sendiri).
7.     Seseorang menjauhkan diri dari bapanya.
8.     Ditinggikan suara dalam masjid (dengan sesuatu yang lagha seperti bertengkar, bergurau, bermain-main dll).
9.     Pemimpin suatu kaum dilantik dari kalangan orang yang paling hina.
10.  Dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya.
11.  Arak diminum dengan berleluasa.
12.  Sutera dipakai oleh ramai kaum lelaki.
13.  Ramai artis-artis (penyanyi).
14.  Muzik banyak dimainkan.
15.  Orang terakhir dari umat ini (khalaf) melaknat orang yang terdahulu (salaf).

Apabila telah terjadi demikian maka tunggulah azab dengan kedatangan angin panas atau ditelan oleh bumi atau diubah rupa bentuk.


1. Periwayat Hadith:

  • At-Tirmizi


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama AI-Faraj bin Fadhalah.
  • Kata Imam AI-Bukhari dan Imam Muslim: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
  • Kata Imam Ibnu Ma' in dan Imam Ad -Daruqutni: Ia seorang yang lemah hadithnya.
  • Kata Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
  • Kata Imam Ibnu Hibban: Tidak halal berhujjah dengannya. .
  • Kerana itu Imam AI-Iraqi dan Imam AI-Munziri melemahkan hadith ini.
  • Juga sanad hadith ini terputus antara seorang perawi bernama Muhammad bin Umar dengan datuknya Ali. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya At- Taqrib.
  • Tentang terputusnya sanad hadith ini juga telah dikuatkan oleh Imam AI-Mubarakpuri di dalam kitabnya Tuhfatul Ah-Wazi.


Hadith 11: Tha'labah Tidak Membayar Zakat


Maksudnya:

Celakalah kamu wahai Tha'labah, sedikit (harta) yang membawa kamu bersyukur lebih baik dari banyak (harta) yang membawa kamu tidak mampu menanggungnya.


Nota:

1. Hadith ini kononnya mengenai seorang sahabat yang bernama Tha'labah bin Hatib AI-Anshari yang tidak membayar zakat setelah ia meminta dari Nabi SAW supaya mendoakannya menjadi kaya. Ia juga meninggalkan solat berjamaah dan seterusnya solat Jumaat setelah kambingnya semakin membiak dalam jumlah yang banyak. Sampai kepada zaman pemerintahan Abu Bakar, Umar dan Uthman, kesemuanya enggan menerima zakat dari Tha'labah disebabkan Nabi SAW sendiri pemah enggan menerima zakatnya. Akhimya Tha'labah mati di zaman pemerintahan Uthman RA.

2. Kisah Tha'labah ini dijadikan sebab turunnya ayat 75- 77 Surah At-Taubah, maksudnya:

Di antara mereka itu ada yang telah berjanji dengan Allah SWT: Demi jika Dia memberikan kepada kami kurniaNya, nescaya kami sedekahkan dan kami termasuk orang-orang yang soleh. Tatkala Allah memberikan kurniaNya kepada mereka, mereka menjadi bakhil dan berpaling, sedang mereka tetap berpaling. Lalu Allah menjadikan akibat mereka jadi munafiq dalam hatinya sampai pada hari mereka menemuiNya (hari qiamat), disebabkan mereka telah melanggar yang mereka janjikan, lagi kerana mereka berdusta.


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • At-Thabarani
  • AI-Baihaqi
  • At- Thabari


2. Status Hadith: SANGAT LEMAH


3. Sebabnya:

Di dalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang dipertikaikan iaitu:

a) Mu'an bin Rifaah As-Salami

  • Kata Imam Abu Ratim: Ditulis hadithnya tapi tidak boleh dijadikan hujah.
  • Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia lemah.
  • Kata Imam Ibnu Ribban: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
  • Kata Imam Ibnu Rajar: Ia seorang yang lemah hadithnya.

b) Ali bin Yazid Al-Alhani

  • Kata Imam Al-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
  • Kata Imam An-Nasai, Imam Ad-Damqutni dan Imam Al-Raithami : Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
  • Kata Imam Abu Zur'ah: Ia tidak kuat.
  • Kata Imam Ibnu Abi Hatim: Ia seorang yang lemah hadithnya.
  • Kata Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.

Kelemahan hadith ini diperkuatkan lagi oleh:

  • Imam AI-Iraqi di dalam "Takhrij Al-Ihya'" dengan kenyataannya bahawa sanad hadith ini lemah.
  • Imam Ibnu Hajar di dalam "Takhrij Ahadith Al-Kasyaf' dengan kenyataannya bahawa sanad hadith ini sangat lemah.
  • Kata Imam Ibnu Hazm di dalam kitab AI-Muhalla: Riwayat ini bathil.
  • Kata Imam AI-Munawi di dalam kitabnya Faidhul Qadir: Lemah


4. Keterangan:

  • Kata Imam AI-Qurtubi di dalam tafsimya yang bermaksud; Tha'labah adalah ahli Badar dari golongan Ansar dan termasuk dari kalangan org yang dipersaksikan oleh Allah dan Rasulnya dengan keimanan. Apa yang diriwayat mengenainya (yakni kisahnya serta sebab turun ayat ) adalah tidak sahih.
  • Kata Imam Ibnul Athir di dalam kitabnya Usudhul Ghabah: Mereka semuanya (yakni Imam Ibnu Mandah, Imam Abu Nu'aim dan Ibnul Abdul Barr) mengatakan bahawa Tha'labah berperang dalam perperangan Badar.
  • Penegasan tentang penyertaan Tha'labah dalam perperangan Badar dikuatkan lagi oleh Imam Ibnu Hibban, Imam Ibnu Hazm, Imam Abdul Barr dan Imam Ibnu Hajar.


5. Kesimpulan:

  • Adalah tidak masuk akal sahabat yang mulia ini, yang dipersaksikan keimanannya oleh Allah dan Rasul melakukan demikian dan sebegitu sekali kesudahan hidupnya.
  • Ahli Badar merupakan orang yang terpilih di sisi Allah dan Rasul sebagaimana disebutkan di dalam hadith riwayat Al-Bukhari, maksudnya :

Datang Jibrail AS bertanya kepada Nabi SAW : "Apa pandangan kamu mengenai orang yang berperang di Badar"

Jawab Nabi SAW : "Mereka adalah orang yang terpilih di kalangan kami".

  • Ahli Badar tidak akan sekali-kali masuk neraka, sabda Nabi SAW di dalam hadith riwayat Ahmad yang bermaksud: Tidak akan masuk neraka sesiapa yang menghadiri perperangan Badar dan Perjanjian Hudaibiyyah
  • Ahli Badar diampunkan dosanya oleh Allah. Allah SWT berfirman dalam Hadith Qudsi riwayat AI-Bukhari, Muslim dan Tirmizi yang bermaksud: Buatlah apa yang kamu sukai (wahai ahli Badar), sesungguhnya Aku telah ampun segala dosa kamu
  • Sebaiknya kisah sahabat yang mulia ini tidak lagi dijadikan bahan cerita setelah nyata ianya tidak benar kerana dibimbangi termasuk dalam mencela sahabat-sahabat Nabi SAW. Sabda Nabi SAW dalam hadith riwayat At- Thabarani yang bermaksud: Barangsiapa yang mencela sahabat-sahabatku maka ke atasnya laknat Allah, Malaikat dan manusia seluruhnya


Hadith 12: Kefakiran Membawa Kepada Kekufuran


Maksudnya:

Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran.


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • AI-Baihaqi
  • Abu Nu'aim
  • Ibnu Adi
  • Ibnu As-Sakan
  • Ibnul Jauzi


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Yazid bin Aban Ar-Raqasyi
  • Kata Imam Ibnu Ma'in, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah
  • Kata Imam An-Nasai: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
  • Kata Imam Ahmad: Ia dilemahkan (oleh ahli-ahli hadith).
  • Kata Imam Syu'bah: Bahawa berzina lebih aku sukai dari meriwayatkan hadith dari Yazid Ar-Raqasyi (ini sebagai tanda penolakan yang kuat Imam Syu'bah terhadap periwayatan hadith dari Yazid, bukan bermakna ia betul-betul ingin berzina).
  • Kata Imam As-Sakhawi: Jalan-jalan periwayatan hadith ini semuanya lemah.


Hadith 13: Doa Senjata Orang-orang Beriman


Maksudnya:

Doa itu senjata bagi orang-orang beriman, tiang agama dan cahaya bagi langit dan bumi.


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • Abu Ya'la
  • AI-Hakim
  • Ibnu Adi


2. Status Hadith: PALSU


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Muhammad bin AI-Hasan AI-Hamdani.
  • Kata Imam Ibnu Ma'in, Imam Abu Daud dan Imam Ibnul Jauzi: Ia pembohong.
  • Kata Imam An-Nasai dan Imam AI-Haithami: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
  • Kata Imam Ahmad, Imam Ibnu Hibban dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
  • Kata Imam Abu Hatim: Ia tidak kuat.
  • Di samping itu sanad hadith ini juga terputus sebagaimana yang disebut oleh Imam Az-Zahabi. Ia terputus antara Ali bin AI-Hussain dan datuknya iaitu Ali bin Abi Thalib RA.


4. Keterangan:

  • Abu Ya'la juga ada meriwayatkan dari jalan lain iaitu hadith yang hujungnya disebut, maksudnya: Maka sesungguhnya doa itu senjata orang-orang beriman.
  • Tetapi riwayat ini juga PALSU kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Sallam bin Sulaim At-Thawil.
  • Kata Imam Ibnu Khirash : Ia pembohong.
  • Kata Imam Ibnu Hibban: Ia meriwayatkan hadith-hadith palsu.
  • Kata Imam Ad-Daruqutni, Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
  • Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia lemah,hadithnya tidak patut perlu ditulis.
  • Kata Imam Ahmad: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
  • Imam Ibnul Madini bersangatan dalam melemahkannya.
  • Di samping itu terdapat seorang lagi perawi lain di dalam sanad hadith ini iaitu Muhammad bin Abi Humaid. Ia merupakan seorang perawi yang lemah.


5. Kesimpulan:

  • Kedudukan doa tetap utuh dan teguh di sisi orang-orang beriman dalam permohonan dan pengaduan mereka kepada Allah walaupun tanpa kedua-dua hadith ini.
  • Terlalu banyak ayat-ayat AI-Quran dan hadith-hadith lain yang soheh yang membicarakan mengenai doa.


Hadith 14: Doa Otak Ibadat


Maksudnya:

Doa adalah otak (isi) kepada ibadah.


1. Periwayat Hadith:
  • At-Tirmizi


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Abdullah bin Lahi'ah
  • Ia lemah dari segi hafalan. Hafalannya bercampur aduk selepas kitab-kitabnya terbakar sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya At-Taghrib.
  • Ahli-ahli hadith bersepakat dalam melemahkannya selepas kitab-kitabnya terbakar.
  • Hadith yang soheh dari Nabi SAW dalam bab ini ialah, maksudnya: Doa itu adalah ibadah.
  • Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, At- Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Ibnu Abi Syaibah, Abu Nu'aim dan AI-Hakim.


Hadith 15: Yaasin Hati AI-Quran


Maksudnya:

Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hatidan hati Al-Quran itu adalah Surah Yaasin. Barangsiapa yang membaca Surah Yaasin, Allah mencatatkan pahala bacaannya seperti membaca AI-Quran sepuluh kali.


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • At- Tirmizi
  • Ad-Dailami
  • AI-Baihaqi


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Harun Abu Muhammad.
  • Ia adalah seorang perawi yang majhul (tidak dikenali).
  • Ini diisyaratkan sendiri oleh Imam At- Tirmizi di dalam Jami'nya (atau lebih dikenali dikalangan masyarakat Islam dengan Sunan At- Tirmizi) dengan katanya, maksudnya: Dan Harun Abu Muhammad adalah seorang sheikh yang tidak dikenali.

4. Keterangan:

  • Di dalam sanad hadith ini juga terjadi perselisihan ke atas seorang perawi bernama Muqatil.
  • Di dalam sanad ini, ia adalah Muqatil bin Hayyan, seorang perawi yang benar, yang menurut Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Ma'in sebagai seorang perawi yang thiqah (kepercayaan).
  • Tetapi menurut Imam Ibnu Hatim dan diikuti oleh Imam Az-Zahabi, ia bukan Muqatil bin Hayyan tetapi Muqatil bin Sulaiman.
  • Muqatil bin Sulaiman adalah seorang perawi yang pembohong.
  • Sekiranya apa yang disebutkan oleh Imam Abu Hatim dan Imam Az-Zahabi ini diperkirakan, maka hadith “Yaasin hati AI-Quran” ini adalah berstatus palsu disebabkan wujudnya seorang perawi pembohong di dalam sanadnya iaitu Muqatil bin Sulaiman.
  • Hadith ini dengan lafaz setakat: ~
  • Diriwayatkan juga oleh AI-Bazzar. Tetapi sanad hadith ini juga lemah kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Humaid AI-Makki maula (bekas hamba) kepada keluarga AI-Qamah.
  • Kata Imam Ibnu Hajar: Humaid AI-Makki ini seorang perawi yang majhul (tidak dikenali).
  • Jadi, hadith ini juga lemah untuk dijadikan hujah dalam bab ini.


Hadith 16: Tayammum


Maksudnya:

Tayammum itu dua kali pukulan (tepukan atas tanah/debu), satu pukulan untuk (menyapu) muka dan satu pukulan lagi untuk (menyapu) tangan hingga siku.


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • Ad-Daruqutni
  • Al-Baihaqi
  • At- Thabarani
  • Al-Hakim
  • Ibnu Adi


2. Status Hadith: SANGAT LEMAH


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Ali bin Zhabyan.
  • Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
  • Kata Imam Abu Hatim dan Imam An-Nasai: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
  • Kata Imam Abu Zur'ah: Ia seorang yang sangat lemah hadithnya.
  • Kata Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
  • Kata Imam Ibnu Ma'in dan Imam Abu Daud: Ia tidak memiliki sesuatu (yang soheh untuk dijadikan pegangan).


4. Keterangan:

  • Menurut Imam Ad-Daruqthni, yang benar hadith tersebut mauquf atas Ibnu Umar. Inilah yang dipegangi oleh ImamYahya bin Said AI-Qatthan sebagaimana disebut oleh Imam Ad-Daruquthni.
  • Walaupun ia mauquf atas Ibnu Umar tetapi ia tetap lemah (bahkan sangat lemah) kerana kewujudan Ali bin Zhabyan di dalam sanadnya.
  • Hadith yang semakna ini (yakni tayammum dengan dua pukulan/tepukan dan menyapunya sampai ke siku) datang dalam banyak lagi riwayat yang kesemuanya tidak terpelihara dari kelemahan dan disebut dengan panjang lebar oleh Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya Al-Talkhisul Habir
  • Sandaran paling kuat dalam bab ini ialah hadith dari Ammar bin Yasir di dalam soheh AI-Bukhari dan Muslim dengan sekali tepuk dan menyapu pada muka dan pergelangan tangan sahaja (tanpa sapu sampai ke siku).
  • Kerana itu Imam AI-Bukhari meletakkan dua bab dalam Sohehnya pada Kitab Tayammum :
    • Bab: Tayammum untuk muka dan dua tapak tangan.
    • Bab: Tayammum dengan sekali pukulan/tepukan.


5. Kesimpulan:

Kata Imam Ibnul Munzir: Adapun khabar-khabar (hadith-hadith) yang dijadikan sebagai hujjah mengenai tayammum dengan dua pukulan, satu pukulan untuk muka dan satu lagi untuk tangan sampai ke siku, kesemuanya berpenyakit (memiliki kecacatan) yang tidak harus berhujjah dengannya.


Hadith 17: Perkara Halal Yang Paling Dibenci Oleh Allah


Maksudnya:

Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak (cerai).


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • Abu Daud (terdapat 2 riwayat di dalam Sunannya. Satu riwayat dengan lafaz di atas dan satu riwayat dengan lafaz yang sedikit berbeza dari di atas tetapi membawa erti yang sama seperti riwayat di atas).
  • AI-Baihaqi
  • Ibnu Abi Syaibah
  • Ibnu Majah
  • AI-Hakim


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Riwayat Abu Daud (lafaz hadith di atas): Dari Muharib bin Dithar dari Abdullah bin Umar RA dari Nabi SAW, Baginda bersabda..
  • Riwayat Abu Daud yang kedua: Dari Muharib bin Dithar dari Nabi SAW, Baginda bersabda..
  • Dalam riwayat ini gugur seseorang antara Muharib dengan Nabi SAW.

Hadith sebegini dipanggil Hadith Mursal iaitu hadith yang gugur dari akhir sanadnya seseorang setelah tabi'en (seseorang yang sempat berjumpa dengan sahabat Nabi SAW dalam keadaan Islam dan mati dalam Islam). Jumhur Ulama Hadith menolak hadith mursal dan dikira sebagai hadith lemah kerana wujud kebarangkalian perawi yang gugur itu bukannya sahabat Nabi SAW.

  • Riwayat AI-Baihaqi: Dari Muharib bin Dithar dari Nabi SAW, Baginda bersabda..

Hadith riwayat AI-Baihaqi ini juga mursal.

  • Riwayat Ibnu Abi Syaibah: Dari Muharib bin Dithar dari Nabi SAW, Baginda bersabda..

Hadith riwayat Ibnu Abi Syaibah ini juga mursal.

Oleh kerana itu Imam Abu Hatim, Imam Ad-Daruqutni dan Imam AI-Baihaqi menguatkan bahawa hadith ini adalah hadith mursal. Dan telah dijelaskan pendapat jumhur bahawa hadith mursal adalah dikategorikan sebagai hadith lemah.

Kata Imam AI-Khattabi dan Imam AI-Munziri: Yang masyhur ianya adalah hadith Mursal (lemah).


4. Keterangan:

  • Hadith "Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak" ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan AI-Hakim sebagaimana disebut di atas. Tetapi kedua-dua hadith ini juga lemah kerana di dalam riwayat Ibnu Majah terdapat seorang perawi bernama Ubaidullah bin AI- Walid AI- Wasaafi.
  • Kata Imam Ibnu Adi : Ia sangat lemah.
  • Kata Imam An-Nasai dan Imam AI-Fallas: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
  • Kata Imam Ibnu Ma'in, Imam Abu Zur'ah dan Imam Abu Hatim: Ia seorang yang lemah hadithnya.
  • Kata Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
  • Adapun dalam riwayat AI-Hakim terdapat seorang perawi bernama Muhammad bin Uthman bin Abi Syaibah.
  • Muhammad bin Uthman ini dianggap pembohong oleh Imam Abdullah bin Imam Ahmad sebagaimana disebut oleh Imam Az-Zahabi.


Hadith 18: Jangan Jadi Golongan Kelima, Nanti Binasa


Maksudnya:

Jadilah kamu orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (ilmu) atau orang yang cinta (kepada ilmu), jangan kamu jadi orang yang kelima (tidak memiliki salah satu dari keempat-empat sifat di atas) maka kamu akan binasa.


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • At- Thabarani
  • Abu Nu'aim
  • AI-Bazzar
  • AI-Baihaqi


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Atha' bin Muslim AI-Khaffaf.
  • Kata Imam Abu Daud : Ia lemah.
  • Kata Imam Ibnu Hajar: Ia benar tapi banyak melakukan kesalahan (dalam periwayatan hadith).
  • Kata Imam Ibnu Adi: Baginya hadith-hadith (yang diriwayatkan) dan sebahagiannya diingkari ke atasnya.
  • Imam AI-Iraqi melemahkan sanad hadith ini.


4. Keterangan:

Sebenamya hadith ini adalah ucapan Abdullah bin Mas 'ud (hadith mauquf) sebagaimana dikeluarkan oleh Imam Abdullah bin Ahmad bin Hanbal di dalam Zawaid Az-Zuhud.


Hadith 19: Membaca Yaasin Pada Malam Jumaat


Maksudnya:

Barangsiapa membaca Surah Yaasin pada malam Jumaat diampunkan baginya (akan dosa-dosanya).


1. Periwayat Hadith:

  • AI-Ashfahani


2. Status Hadith: SANG AT LEMAH


3. Sebabnya:

Di dalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang bernama Aghlab bin Tamim dan Zaid bin AI-Harish.

a) Aghlab bin Tamim

  • Kata Imam Ibnu Hibban: Ia seorang yang mungkar hadithnya dan ia meriwayatkan hadith dari perawi-perawi yang thiqah (kepercayaan) yang mana hadith-hadith tersebut bukan berasal dari mereka sehingga terkeluar dari batasan boleh berhujah dengannya disebabkan banyaknya kesalahan yang dilakukan.
  • Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
  • Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia tidak memiliki sesuatu (yang soheh untuk dijadikan pegangan).
  • Kata Imam An-Nasai: Ia lemah.

b) Zaid bin AI-Harish

  • Kata Imam Ibnu Qathan: Ia majhul hal (iaitu seorang perawi yang diriwayatkan darinya dua orang atau lebih tetapi ia tidak dianggap orang yang kepercayaan).
  • Sanad hadith ini terputus, di mana hadith ini diriwayatkan oleh AI-Hasan AI-Basri dari Abu Hurairah dari Nabi SAW.
  • AI-Hasan AI-Basri tidak pemah mendengar sebarang hadith dari Abu Hurairah RA.
  • Kedudukan AI-Hasan yang tidak pemah mendengar sebarang hadith dari Abu Hurairah RA. Ini ditegaskan oleh Imam At-Tirmizi, Imam AI-Bazzar, Imam Abdul Hak, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnul Qattan.
  • Kedudukan terputusnya periwayatan AI-Hasan dari Abu Hurairah ini dikuatkan lagi oleh Imam Az-Zahabi di dalam kitabnya Mizan AI-I'tidal.


4. Keterangan:

Sunnah pada siang atau malam Jumaat adalah membaca Surah AI-Kahfi. Berkata Abu Said AI-Khudri, maksudnya:

Barangsiapa membaca Surah AI-Kahfi pada malam Jumaat, terpancar baginya cahaya antaranya dan antara Kaabah.  (Riwayat Ad-Darimi)

Walaupun hadith ini ucapan Abu Said RA (hadith mauquf) ,tetapi dalam ilmu hadith hukumnya adalah dikira hadith marfu' (ucapan Nabi SAW) kerana perkara sebegini tidak boleh digunakan akal di dalam menetapkannya.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

Barangsiapa membaca Surah AI-Kahfi pada hari Jumaat, terpancar baginya cahaya antara dua Jumaat. (Riwayat AI-Baihaqi, AI-Hakim)


Hadith 20: Surah At-Tiin


Maksudnya:

Barangsiapa membaca Surah At-Tiin, lalu ia membaca (Surah At-Tiin, ayat 8 maka hendaklah ia membaca: (Ya! Aku menyaksikan bahawa Allah adalah seadil-adil Hakim).


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • Ahmad
  • Abu Daud
  • At- Tirmizi


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang tidak dikenali meriwayatkan dari Abu Hurairah RA: Seorang lelaki arab badui (orang pedalaman) berkata; Aku mendengar Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda.. (seperti hadith di atas).
  • Arab badui ini majhul (tidak dikenali) identitinya dan yang pastinya ia bukan seorang sahabat Nabi SAW.
  • Kemajhulan perawi sebegini menyebabkan hadith menjadi lemah (dikategorikan sebagai hadith lemah).


Hadith 21: Jihad Yang Lebih Besar


Maksudnya:

Kamu telah kembali (dari) sebaik-baik tempat kembali (medan perang), dan kamu telah kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar, iaitu jihad seseorang hamba menentang nafsunya.


1. Periwayat-Periwayat Hadith:

  • AI-Baihaqi
  • AI-Khatib AI-Baghdadi


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

a) RiwayatAI-Baihaqi:

Di dalam sanadnya terdapat dua orang perawi iaitu Yahya bin Ya'la AI-Aslami AI-Kufi dan Laith bin Abi Sulaim.

Adapun Yahya binYa'la:

  • Kata Imam Al-Bukhari: Ia seorang yang goncang hadithnya.
  • Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang lemah hadithnya.
  • Kata Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
  • Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia tidak memiliki sesuatu. (yang soheh untuk dijadikan pegangan).

Manakala Laith bin Abi Sulaim:

  • Kata Imam Ahmad: Ia seorang yang goncang hadithnya.
  • Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang lemah hadithnya.
  • Kata Imam Abu Zur'ah: Ia seorang yang lemah hadithnya, tidak boleh dijadikan hujjah di sisi ahli ilmu dalam bidang hadith.
  • Kata Imam An-Nasai: Ia lemah.
  • Kata Imam Ibnu Hibban dan Imam Ibnu Hajar: Hafalannya bercampur-campur pada akhir umurnya.
  • Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
  • Kata Imam AI-Hakim: Disepakati akan buruk hafalannya.

b) Riwayat AI-Khatib AI-Baghdadi:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Yahya bin Abi AI-Ala'.
  • Diyakini Yahya bin Abi AI-Ala' ini adalah Yahya bin Ya'la yang disebut di atas (di dalam sanad Imam Al-Baihaqi) kerana Imam Ibnul Jauzi ada menyebutnya di dalam kitabnya Zammul Hawa dari jalan periwayatan AI-Khatib AI-Baghdadi ini.
  • Setelah nyata ia adalah Yahya bin Ya'la, maka riwayat ini juga lemah.


4. Keterangan:

  • Di sana terdapat satu lagi ucapan yang hampir sama dengan hadith lemah di atas, iaitu, maksudnya: Kita kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar.
  • Menurut Imam An-Nasai di dalam kitabnya AI-Kuna, ucapan tersebut adalah dari kata-kata Ibrahim bin Abi Ablah, seorang tabi'en yang berasal dari Syam, bukannya sabda Nabi SAW.
  • Demikian juga yang ditegaskan oleh Imam Ibnu Hajar.


5. Kesimpulan:

  • Hadith lemah di atas dan ucapan Ibrahim bin Abi Ablah (bahkan disangka oleh sesetengah pihak sebagai hadith Nabi SAW, tapi sebenamya bukan) telah dijadikan sandaran terutama oleh golongan tasawwuf bahawa jihad yang lebih besar dan utama ialah jihad memerangi hawa nafsu, bukannya jihad memerangi musuh-musuh Islam.
  • Sedangkan menurut AI-Quran dan As-Sunnah, jihad memerangi musuh-musuh Islam adalah yang utama dan besar kelebihannya, dengan tidak menafikan perlunya suatu kesungguhan dalam memerangi hawa nafsu yang sifatnya sentiasa mengajak manusia ke arah kejahatan.


Hadith 22: Membaca Qunut Dalam Witir Di Bulan Ramadhan


Maksudnya:

Dari AI-Hasan: Bahawa Umar bin AI-Khattab RA menghimpun manusia (pada bulan Ramadhan) atas Ubai Bin Kaab (sebagai imam). Adalah Ubai mengimami mereka selama 20 malam, ia tidak qunut (dalam solat witir) kecuali pada separuh baki (bulan Ramadan -15 Ramadhan hingga akhir).


1. Periwayat Hadith:

  • Abu Daud


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Sanad hadith ini terputus antara AI-Hasan AI-Basri dan Umar RA.
  • Kata Imam Az-Zaila'iy: Al-Hasan tidak pemah berjumpa dengan Umar RA.
  • Menurut Imam As-Suyuthi: Al-Hasan dilahirkan semasa dua tahun berbaki dari zaman khilafah (pemerintahan ) Umar RA.
  • Al-Hasan yang tidak pemah berjumpa dengan Umar RA ini ada disebut oleh Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya At- Tahzib.


4. Keterangan:

  • Hadith yang semakna dengan di atas juga ada diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya yang bersumber dari Muhammad bin Sirin, dari sebahagian sahabat-sahabatnya (yakni sahabat-sahabat Muhammad): Bahawa Ubai bin Kaab.. (sama seperti hadith di atas).
  • Hadith ini juga lemah kerana tidak dikenali (majhul) siapakah 'sebahagian sahabat-sahabat' Muhammad bin Sirin tersebut.
  • Perawi yang majhul menjadikan suatu hadith itu lemah kerana identiti seseorang perawi itu penting untuk dikenali dan diketahui untuk menetapkan samada ia seorang kepercayaan, lemah atau pembohong.
  • Identiti seseorang perawi itulah yang akan menetapkan status suatu hadith samada ia akan menjadi hadith soheh, hasan, lemah atau palsu.
  • Kerana itu Imam An-Nawawi melemahkan hadith ini.
  • Kemudian di sana terdapat satu hadith dari Anas bin Malik, maksudnya: Adalah Rasulullah SAW membaca qunut (dalam solat witir) pada separuh bulan Ramadhan- yakni 15 Ramadhan hingga akhir. (Riwayat Ibnu Adi)
  • Hadith ini langsung tidak dapat ditegakkan untuk dijadikan hujjah kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Abu Atikah Tharif bin Salman.
  • Lihat komentar tentang Abu Atikah ini pada hadith pertama.


5. Kesimpulan:

Membaca qunut dalam solat witir di bulan Ramadhan boleh dilakukan bermula dari awal Ramadhan lagi.


Hadith 23: Doa Keluar Tandas


Maksudnya:

Dari Anas RA katanya: Adalah Nabi SAW apabila keluar tandas, Baginda membaca: (Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku penyakit dan telah memberi kesihatan yang baik padaku).


1. Periwayat Hadith:

  • Ibnu Majah


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Ismail bin Muslim AI-Makki
  • Kata Imam Abu Hatim, Imam Abu Zur'ah dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang lemah hadithnya.
  • Kata Imam Ibnu Madini: Hadithnya tidak ditulis (sebagai hujjah).
  • Kata Imam An-Nasai: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
  • Kata Imam AI-Bazzar: Ia tidak kuat.
  • Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia tidak memiliki sesuatu (yang soheh untuk dijadikan pegangan).
  • Kata Imam Ahmad: Ia seorang yang mungkar hadithnya.


4. Keterangan:

  • Sunnah yang soheh yang diriwayatkan dalam bab ini adalah sebagaimana yang disebut oleh Aisyah RA, maksudnya: Adalah Rasulullah SAW apabila keluar dari tandas, Baginda membaca “Ghufranaka” (Aku mohon keampunan Mu Ya Allah)
  • Hadith Nabi membaca bila keluar dari tandas ini diriwayatkan oleh Ahmad, AI-Bukhari (di dalam kitab Al-Adabul Mufrad), Abu Daud, At- Tirmizi, Al-Hakim, AI-Baihaqi, Ad-Darimi dan Ibnu Hibban.
  • Menurut Imam Al-Baghawi di dalam kitabnya Syarhus Sunnah, Nabi SAW mengucapkan kalimah “Ghufranaka” adalah sebagai beristighfar (memohon ampun) kepada Allah kerana semasa membuang air tidak dibenarkan menyebut nama Allah. Jadi Nabi SAW melihat telah berlaku kekurangan (lupa kepada Allah) semasa buang air lalu, Nabi SAW memohon keampunan kepada Allah dengan kalimah tersebut apabila keluar dari tandas.


Hadith 24: Doa Makan


Maksudnya:

Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka, lalu membaca bismillah (atas makanan yang dimakan).


1. Periwayat Hadith:

  • Ibnu As-Sunni


2. Status Hadith: LEMAH


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Muhammad bin Abi Az- Zuaizi 'ah.
  • Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
  • Kata Imam Ibnu Adi: Kebanyakan apa (hadith) yang diriwayatkannya tidak boleh diikuti (yakni hadithnya tidak boleh menguatkan hadith yang lain).
  • Kata Imam Ibnu Hibban: Tidak halal berhujah dengannya.
  • Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang sangat mungkar hadithnya.


4. Keterangan:

  • Doa di atas biasa diamalkan di dalam masyarakat kita sebagai "doa makan" dan dihafal oleh setiap peringkat umur bermula dari kanak-kanak di peringkat pra-sekolah lagi.
  • Oleh kerana kedudukan hadith tersebut lemah, maka yang patut diamalkan dalam bab ini ialah apa yang diriwayatkan oleh Malik, Ahmad, AI-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At- Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Ibnu Hibban iaitu, maksudnya: Sebutlah nama Allah (apabila memulai makan) dan makanlah dengan tangan kanan kamu.
  • Riwayat yang soheh ini menghendaki kita menyebut nama Allah (membaca Bismillah) ketika memulai tanpa didahului dengan apa-apa doa.
  • Walaupun begitu di sana terdapat hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah satu doa yang diajar oleh Nabi SAW bila hendak makan, maksudnya: “Allahumma bariklana fihi wa ath ighmna khairan minhu” (Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini dan kurniakanlah kepada kami makanan yang lebih baik daripadanya.)

5. Nota:

  • Dalam riwayat Ibnu Majah perkataan ’wa ath ighmna’ di atas diganti dengan ’war zuqna’ (dan kurniakanlah kepada kami rezeki ).
  • Dengan digabungkan dua hadith di atas, maka boleh dibacakan doa riwayat At- Tirmizi dan Ibnu Majah tersebut bila hendak makan, kemudian dibaca "Bismillah".


Hadith 25: Puasa Tiga Bulan Berturut -turut


Maksudnya:

Dari Abu Hurairah RA : Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah menyempurnakan puasa sebulan penuh selepas Ramadhan melainkan bulan Rejab dan Sya'ban.


1. Periwayat Hadith:

  • At-Thabarani


2. Status Hadith: SANGAT LEMAH


3. Sebabnya:

  • Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Yusuf bin Athiyyah bin Thabit.
  • Kata Imam Al-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
  • Kata Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
  • Kata Imam Abu Hatim, Imam Abu Zur' ah dan Imam Ad-Daruqutni: Ia seorang yang lemah hadithnya.
  • Kata Imam Ibnu Hibban: Tidak harus berhujjah dengannya.
  • Kata Imam Ibnu Ma'in dan Imam Abu Daud: Ia tidak memiliki sesuatu (yang soheh untuk dijadikan pegangan).


4. Keterangan:

  • Hadith ini tidak dapat dijadikan hujjah tentang puasa 3 bulan berturut-turut iaitu Rejab, Sya'ban dan seterusnya disambung dengan Ramadhan sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam.
  • Tidak thabit Nabi SAW berpuasa sebulan penuh pada bulan-bulan lain melainkan Ramadhan sahaja. Inilah amalan Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah RA, katanya, maksudnya: Dan aku tidak pemah melihatnya (Nabi SAW) berpuasa sebulan penuh semenjak datang ke Madinah kecuali Ramadhan.
  • Inilah petunjuk Nabi SAW yang merupakan sebaik-baik petunjuk untuk diikuti dan dicontohi. Allah SWT berfirman, maksudnya: Dan apa-apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu maka ambil/terimalah.


5. Kesimpulan:

Nabi SAW tidak pemah berpuasa tiga bulan berturut-turut terus menerus.


dr laman:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar